Selepas merancang dengan halus ketika menyingkirkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipilihnya sendiri, kini mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menguji anak didiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tuesday, August 10, 2010
TUKAR NAJIB; KATA TUN DR MAHATHIR !
Selepas merancang dengan halus ketika menyingkirkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipilihnya sendiri, kini mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menguji anak didiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saturday, June 5, 2010
Wednesday, May 12, 2010
NAJIB RAZAK Vs ZAHID HAMIDI..??
Click on people's faces in the photo to tag them. |
Bermula dengan bekalan peralatan tentera, disusuli pula dengan kehilangan enjin jet dan yang terkini kapal selam yang tidak berfungsi.
Satu demi satu kelemahan pentadbiran Najib Razak didedahkan oleh Zahid Hamidi. Apakah Umno akan menghadapi pergolakan lagi? Kenapa Zahid tidak melindungi Najib dengan bertindak menelanjangkan kelemahanan pentadbiran BN..?
Photo 179 of 355 Back to Album · 'Yob''s Photos · 'Yob''s Profile
Click on people's faces in the photo to tag them. |
Click on people's faces in the photo to tag them. |
Friday, May 7, 2010
PENGESAHAN NAJIB - MEMBUKTIKAN ADANYA KELOMPOK-KELOMPOK UNTUK MENJATUHKANNYA!
Jangan wujudkan kelompok
pengarang@utusan.com.my
| |
| Najib Tun Razak bersama Adnan Yaakob memotong pulut kuning bagi meraikan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia selama setahun pada majlis perasmian berkelompok persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Pekan, semalam. |
PEKAN 7 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak mewujudkan kelompok yang akhirnya membentuk komplot sehingga boleh merosakkan parti.
Perdana Menteri berkata, kewujudan kelompok dan komplot akan mengakibatkan ahli-ahli parti bermusuh sesama sendiri dan hilang tumpuan untuk berdepan dengan parti pembangkang serta melupakan tanggungjawab terhadap rakyat.
Gejala sedemikian juga, jelas beliau, akan menjejaskan keupayaan UMNO memenangi pilihan raya umum akan datang.
''Ahli UMNO perlu bekerja dalam satu pasukan dan merancang apa saja pelaksanaan yang boleh memberi kebaikan kepada parti dan kepentingan untuk rakyat dan bukannya menjatuhkan sesama ahli.
''Ramuan untuk mencapai kejayaan ialah bekerja dalam satu pasukan, elakkan komplot dan tidak ada kelompok sama ada kelompok A, B atau C dalam parti kita.
''Kalau ada komplot bererti kita bukan merancang untuk kalahkan musuh tetapi kalahkan kawan kita sendiri dalam parti dan itu adalah penyakit yang merebahkan parti,'' tegasnya.
Beliau berucap demikian pada majlis perasmian berkelompok persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Pejabat UMNO bahagian itu di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhammad dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin.
Najib yang juga Presiden UMNO menegaskan, ahli parti perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun yang berpunca daripada sikap suka berkomplot dan berkelompok yang diamalkan dalam kalangan ahli parti itu sendiri.
''Usia LDP lebih kurang usia UMNO dan baru-baru ini kita dengar pengalaman pemimpin LDP yang rebah pada pilihan raya terbaru. Salah satu faktornya kerana banyak kelompok dan komplot dalam parti sehingga mereka lupa matlamat dan perjuangan sebenar untuk membela rakyat"
''Andaikata satu hari nanti UMNO rebah, perkara itu bukanlah disebabkan oleh orang atau pihak lain sebaliknya ahli parti kita sendiri yang sibuk menjatuhkan sesama sendiri'' katanya.
Menurut Najib, ahli UMNO perlu menjadikan pengalaman LDP sebagai pengajaran bagi mengelakkan perkara seumpama itu berlaku.
''Kita akan kalah sekiranya tidak mengubah perangai kita, jadi buatlah yang terbaik. Yang penting bukan diri kita, bukan kelompok atau komplot kita tetapi UMNO yang memperjuangkan masalah dan kepentingan rakyat," tegasnya.
Beliau berkata, kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di lima negeri ketika pilihan raya umum lalu perlu dijadikan iktibar bahawa parti itu tidak memiliki kekebalan politik.
''Mungkin perkara itu akan berulang lagi sekiranya ada ahli yang terus mengamalkan sikap suka berkelompok dan berkomplot ini," katanya.
Najib turut mengingatkan ahli UMNO supaya menunjukkan teladan yang baik bagi mengelakkan parti dilihat sebagai hanya mementingkan politik dalaman, bukan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
Dalam pada itu, beliau yakin kepercayaan orang Melayu terhadap kerajaan semakin meningkat selepas kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil terakhir baru-baru ini iaitu di Bagan Pinang dan Hulu Selangor.
Katanya, beliau melihat perkembangan ini sebagai aliran atau trend yang membanggakan walaupun ia belum boleh dianggap sesuatu yang sudah sampai ke garis penamat.
''Ini kerana kita tidak mahu sejarah lama kekalahan pada pilihan raya sebelum ini berulang.
Friday, April 23, 2010
| Hashim Abdullah | |||
TEMERLOH, 20 April: Tindakan pemimpin Umno membangkitkan isu moral dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dilihat taktik dan perancangan jauh kumpulan pro Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kumpulan Datuk Seri Najib Razak dengan lebih cepat, kata Ketua Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid. Berucap pada ceramah penerangan isu-isu terkini pilihan raya kecil Hulu Selangor anjuran PAS kawasan di Kampung Paya Kecik, semalam, beliau menjelaskan isu moral calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim sengaja dimainkan Umno bagi mewujudkan suasana serangan balas terhadap isu moral kumpulan Najib yang sekali gus akan menjatuhkan maruah Presiden Umno itu. “Kita tahu ada perebutan kuasa antara Najib dan Muhyiddin dan kita tahu ada usaha untuk menjatuhkan Najib lebih awal. Pendedahan isu akhlak sengaja dimainkan semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor yang diketuai Muhyiddin Yassin,” katanya. Katanya, mereka sengaja mahu isu akhlak dibangkitkan kerana sedar pihak Pakatan Rakyat akan menyerang balas akhlak pemimpin Umno terutama Najib dan kumpulannya. ”Apabila menyebut soal akhlak, nak tak nak, kita akan menyebut soal Najib. Nak tak nak, orang akan menyebut pemimpin Umno yang kena tangkap basah di Port Dickson, nak tak nak, orang menyebut soal Altantuya dan nak tak nak, orang akan menyebut soal ada menteri yang minum arak bersama isterinya,” ujarnya lagi. Menurutnya, apabila Pakatan Rakyat mendedahkan perkara itu, kumpulan Najib akan menerima kesan buruk bagi perebutan jawatan di dalam Umno. “Sebab itu, isu akhlak ini merupakan perancangan jauh Muhyiddin menggunakan pilihan raya kecil Hulu Selangor menjatuhkan maruah Najib dan konco-konconya,” katanya. PETIKAN DETIKDAILYNET
|
Sunday, April 4, 2010
MUHYIDDIN TIDAK BERSAMA DENGAN NAJIB?
| M Faqih & Foto M Yarisman | |||
| MACHANG, 4 April: Ketika 1Malaysia dijulang dengan kejayaan genap setahun Datuk Seri Najib Razak menerajui negara, tanpa disedari tiga Naib Presiden Umno tiada bersamanya ketika turun padang berkempen di Hulu Selangor semalam. Perdana Menteri kelihatan keseorangan di Hulu Selangor tanpa kehadiran pemimpin kanan Umno. Cuma kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Umno Selangor.
Kalau diambil kira dari segi kepentingan politik, kehadiran pemimpin kanan Umno di Hulu Selangor lebih penting bagi menghadapi pilihan raya kecil pada 25 April ini. Bagi Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim ketidakhadiran tiga pemimpin kanan Umno bersama Perdana Menteri di Hulu Selangor memperlihatkan ada masalah dalaman Umno sekarang. “Ini dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Perdana tanpa ditanya sesiapa pun membuat kenyataan masih mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri. “Kebiasaannya apabila kenyataan itu terpaksa dikeluarkan ianya menggambarkan ada masalah dalaman membabitkan kedua-dua pemimpin kanan terbabit sekarang. “Kalau tidak ada masalah buat apa hendak sebut di hadapan orang ramai mereka tidak mempunyai masalah. Kebiasaan orang politik apabila menafikan dari awal lagi sebenarnya ada sesuatu yang cuba disembunyikan,” katanya di sini. PETANDA UJUDNYA PUAK-PUAK DALAM UMNO Oleh ZULKIFLEE BAKAR, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan MOHAMED SHOFI MAT ISA pengarang@utusan.com.my HULU SELANGOR 24 April – Buat pertama kalinya dalam kempen pilihan raya kecil tiga pemimpin utama negara berada di atas satu pentas berkempen untuk mendapatkan simpati dan undi rakyat. Ketiga-tiga pemimpin tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mereka hadir pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Bukit Beruntung di sini malam ini sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, esok. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan calon BN, P. Kamalanathan. Persoalannya: Kenapa ketiga-tiga pemimpin ini berada dalam satu pentas PRK. Bukankah ianya sesuatu yang aneh dan janggal? Bukankah tenaga mereka diperlukan untuk berkempen di pentas-pentas lain yang digerakkan untuk memenangi hati pengundi dalam PRK itu? Atau adakah ianya untuk menunjukkan ketiga-tiga pemimpin ini bersama, bersatu hati, mempunyai wawasan yang sama,bermimpi yang sama dan cara bertindak yang sama? atau ianya perlu untuk membantu Najib yang kelihatan lemah dan tidak berupaya? Bukankah sekiranya mereka digerakkan secara berasingan dalam PRK itu ianya lebih berkesan dan menyeluruh dalam usaha untuk memenangi hati pengundi? Bukankah begitu? Maka perkara yang berlaku itu menunjukkan kemungkinan-kemungkinan berikut:- 1. Terdapat perbezaan yang besar diantara ketiga-tiga pemimpin itu dari segi wawasan, polisi asas hubungan dengan rakyat, cara pelaksanaan kerja dan sebagainya. 2. Ujudnya puak-puak dalam UMNO yang berjuang untuk idealisme yang berbeza. 3. Ujudnya kumpulan-kumpulan itu kerana tingkahlaku moral yang berbeza. Yang jelasnya kumpulan Muhyiddin adalah kumpulan yang moral peribadinya lebih baik dari kumpulan Najib. contohnya siapa tak kenal Najib, Jamaludin Jarjis, Hishamudin dan lain-lain. 4. Ujudnya kumpulan ketiga yang rindukan cara kerja Mahathir yang mengutamakan pencapaian ekonomi dan kestabilan harga barangan. Jumlahnya amat besar sekali. Kegagalan Najib menstabilkan harga minyak, tambang bas, harga gandum dan sebaginya menyebabkan rakyat resah dan mula memberontak termasuklah wakil-wakil rakyat dari UMNO sendiri. Kegagalan najib itu menyebabkan mereka rindukan sentuhan Mahathir dan ianya bermakna era kejatuhan najib pun bermula. Apatah lagi dengan kegopohan Najib untuk menghasilkan slogan-slogan baru yang sememangnya membazir dan tidak berfaedah. Itulah kesilapan Najib. Membuat sesuatu yang dia sendiri tidak tahu dan arif. Bukankah ianya lebih baik jika Najib tidak memperkenalkan dasar-dasar baru dan slogan-slogan baru? Apa yang diperlukan oleh rakyat dan juga dikehendakki oleh pemimpin-pemimpin pelapis UMNo ialah memperbaikki kesilapan dan kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa era PM yang terdahulu bukannya memperkenalkan sesuatu yang baru! Contohnya Dasar Bumi Hijau, DEB, WAWASAN 2020 dan banyak lagi dasar adalah cukup menarik rakyat untuk memberikan sokongan kepada kerajaan. Cuma yang diperlukan ialah penambahbaikkan cara pelaksanaannya untuk memastikan dasar itu tercapai dan mencapai matlamatnya. Jika rakyat menolak dasar-dasar tersebut, ianya hanyalah bersifat sementara sahaja, rakyat akan menerima semula dasar-dasar itu sekiranya cara pelaksanaan diperbetulkan! Rakyat hanya menolak dasar-dasar tersebut, akibat penyelewengan yang berlaku dalam melaksanakan dasar-dasar itu bukannya dasar-dasar itu sendiri tidak baik atau pun tidak memberikan apa-apa makna atau kosong. Yang tidak dikehendakki dan perlu dibuang adalah dasar-dasar pimpinan dahulu dan sekarang yang tidak mempunyai sebarang makna dan membazir! Contohnya Islam Hadhari dan dasar 1 Malaysia. Apa maknanya? Apa kepentingannya memperkenalkan dasar-dasar ini? Hanya membazirkan masa, tenaga dan duit sahaja! Sepatutnya Najib memperbetulkan cara pelaksanaan DEB untuk memastikan pencapaian matlamat DEB itu, memastikan bumiputera mencapai ekuiti 30 peratus ekonomi negara, mengurangkan jurang perbezaan antara golongan miskin dengan golongan yang kaya tanpa mengira kaum dan bangsa dan memastikan pencapaian lain-lain matlamat. Begitu juga Najib seharusnya meneliti kenapa WAWASAN 2020 menampakkan tanda-tanda ianya sukar dicapai. Najib mesti kaji sebab-sebabnya. Barulah tindakan pembetulan dapat dilakukan. Mungkin ianya dapat dicapai dengan melakukan perubahan dalam sistem pendidikan negara, dengan memperbanyakkan sekolah-sekolah aliran vokasional dan teknikal, pengambilan pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memasukkki aliran teknikal bukannya pelajar-pelajar yang lemah akademiknya, membuat proses penukaran sekolah biasa menjadi sekolah vokasional dan teknik untuk membolehkan lebih ramai pelajar memasukkinya dan seterusnya menghasilkan pelajar yang mampu memilikki kemahiran tinggi dan bukannya hanya membiarkan pelajar-pelajar belajar dialiran bukan teknikal. Begitu juga sebab-sebab lain yang menghalang pencapaian wawasan 2020 hendaklah dikaji. Contohnya pengambilan pekerja-pekerja asing dari Indonesia, Vietnam dalam industri elektronik dan tekstil pastinya hanya merencatkan pencapaian wawasan 2020. Itulah caranya untuk Najib menunjukkan kehebatan dan kebolehannya memimpin negara. Iaitu dengan cara memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang telah berlaku, memperbetulkan cara-cara pelaksanaanya bukannya dengan membuang segala dasar-dasar yang sedia ada tetapi dengan melakukan penambahbaikan cara-cara pelaksanaan dasar-dasar yang sedia ada itu. Membuang dasar-dasar yang sedia ada menunjukkan anda pemimpin yang lemah dan tidak berkebolehan. Bukannya tidak boleh buat dasar-dasar baru tu, tetapi yang lama itu hendaklah diperbetulkan dahulu, dicapai dahulu! lepas itu barulah boleh perkenalkan dasar baru! Oleh kerana sibuk dengan memperkenalkan dasar-dasar baru, slogan-slogan baru, kempen-kempen baru menyebabkan sekelian rakyat tertanya-tanya. Apakah najib tahu apa yang dia buat tu? rajin tu memanglah rajin, tapi dia tak tahu apa yang dia buat tu. Kemana hala tujunya dia pun tak tahu! Apa yang dia buat tu boeh menyebabkan negara berada dalam ambang bahaya! dan sekiranya berlaku sesuatu malapetaka kewangan, pastinya amat-amat bahaya dan tidak dapat diselamatkan! Bak kata slogan PPES, Having knowledge without doing something is useless! But doing something without knowledge is dangerous! Oleh kerana kegagalan Najib melakukan penambahbaikan dan pembetulan terhadap dasar-dasar yang telah diasaskan oleh perdana-perdana menteri sebelum ini, ianya menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Najib. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri pun hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula Najib tidak mempercayai dirinya sendiri yang beliau mampu memperbetulkan kesilapan dan kesalahan dalam cara pelaksanaan dasar-dasar terdahulu. Kalau Najib percayakan dirinya sendiri, pastinya Najib tidak akan memperkenalkan dasar-dasar dan slogan-slogan baru yang menyebabkan dirinya terjerat dan hilang keyakinan dari pelbagai pihak. Akibat kegagalan Najib itulah menyebabkan rakyat kerinduan terhadap sentuhan semula Dr. Mahathir dan begiu jugalah beberapa pemimpin UMNO sendiri. Ada yang pergi kearah Mahathir dan ada juga yang menghampiri Muhyiddin. Jadi ujudlah puak-puak Mahathir dan juga Muhyiddin. Salahnya adalah salah Najib sendiri! Ianya bukanlah kerana Mahathir ataupun Muhyiddin ingin mengujudkan puak-puak mereka tetapi kelemahan Najib begitu ketara dan puak-puak itu ujud tanpa dirancang oleh sesiapa pun. Ianya ujud kerana kelemahan Najib! Sesungguhnya Najib makin hari, makin lemah. Ini adalah kerana semakin ramai pemimpin-pemimpin UMNO menjauhkan diri darinya. Ini dapat difahami, kerana mereka semakin kecewa dengan tindak tanduk Najib! Jika berada lebih lama dengan Najib, pemimpin-pemimpin UMNO itu pula yang akan kehilangan sokongan dari akar umbi dan memusnahkan kerjaya politik mereka. Kalau yang masih tinggal bersama dengan Najib ialah pemimpin-pemimpin yang lemah dan tak berwibawa seperti Mohd Nor Yakcop dan Mashitah Ibrahim. Kumpulan Muhyiddin memang mempunyai banyak kekuatannya. Contohnya dari segi moralnya tidaklah begitu banyak masalah berbanding dengan puak Najib. Kalau hendak dicakapkan dari segi rasuah, semuanya sama tetapi itu lain cerita. Dari segi kewibawaan, kebolehan bekerja, kebijaksanaan membuat keputusan, kumpulan Muhyiddin jauh meninggalkan kumpulan Najib. Tambahan pula kumpulan Muhyiddin dilihat boleh bersatu dengan kumpulan Mahathir tanpa masalah apatah lagi kemungkinan Mahathir mengetuai semula kepimpinan UMNO amatlah tipis dan dijangka dengan itu akan meminta Muhyiddin untuk mengetuai usaha memperkuatkan semula UMNO dan tentunya Mahathirlah yang akan jadi mentornya! Tidak seperti Najib yang melupakan terus Mahathir dan mengabaikan segala pandangan Mahathir!.
Beberapa hari sebelum Najib turun padang bersama bekas gurunya, Tun Mahathir Mohamad, Najib ada berseloka dengan Hulu Selangor sebagai referandum kepada sokongan pentadbirannya. Referandum itu memecah keseronokan Tan Sri Muhyiddn Yassin yang sejak dari awal mengemudi kempen Umno/BN di Hulu Selangor dengan momentum serangan peribadi yang akhirnya membuka pekung kepimpinan Umno/BN semula. Tatkala Muhyiddin membelah kempen dengan serangan kepada calon KeADILan, Dato' Zaid Ibrahim dengan isu 'arak', kiasan balas akhirnya membias semula kepada Umno/BN apabila, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali "semua perdana menteri Malaysia kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol. "Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. "Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya Mustafa Ali ketika kempen PRK Hulu Selangor masih diperingkat permulaan. Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan." "Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an. Kiasan yang dilontarkan Mustafa mengena kepada Umno/BN, namun ironinya mengapa Muhyiddin melontarkan sedemikan sedangkan beliau sendiri pastinya tahu akan 'rekod' minum-minum, dan 'joli-joli' pemimpin BN. Tidak dapat dinafikan, ketika kempen pilihan raya semakin rancak dengan isu arak dan judi, perbahasan di Dewan Rakyat sama rancak dengan isu tersebut apabila Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang mencabar semua menteri BN bersumpah menafikan bahawa mereka tidak minum arak. Cabaran Kit Siang langsung tidak tersahut oleh pimpinan Umno/BN mahupun Perdana Menteri sendiri. Malah kiasan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar bahawa 'sandiwara' di Hulu Selangor membayangkan adanya keretakan hubungan antara Najib-Muhyiddin membuka semula ruang perbincangan. Ingat sahaja sejarah beberapa pilihan raya kecil yang lalu, tidak pernah Perdana Menteri selaku Pengerusi BN menjamahkan kaki berkempen bagi calon BN kerana secara 'rasminya' timbalannya akan menjadi 'kepala' kempen BN. Namun, ada sumber yang menyebut, kebimbangan Najib terhadap Timbalannya yang mungkin 'tumbuk rusuk' menyebabkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rismah Mansor terpaksa turun padang menyertai kempen di Hulu Selangor. Masakan gambar aksi 'cium tangan' yang berlaku antara Kamalanathan dengan Muhyiddin tidak memberi kesan kepada Najib yang akhirnya mencuri baki kempen dengan laungan referandum kepadanya. Sejarah kejatuhan Tun Abdullah pada tahun 2009 sendiri amat membimbangkan Najib kerana Muhyiddinlah yang sangat-sangat bersungguhan untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu dan dengan sedikit sahaja sentuhan kata-kata keramat dari Muhyiddinlah yang menyebabkan seluruh ahli Umno mendesak pengunduran segera Abdullah. Jadi, Najib tentunya berwaspada dan curiga dengan keupayaan Muhyiddin itu yang dibimbangi akan menjatuhkannya pula. Peranan Muhyiddin yang sering melanjutkan 'bola tanggung' yang dihantar Tun Mahathir Mohamad ketika menjahanamkan pemerintahan Abdullah adalah 'bayangan maut' yang sentiasa membayangi Najib. Masakan sejarah tidak boleh berulang, namun Najib agak bijak bertindak dengan menggunakan pengaruh Mahathir dan Rosmah menjadikan Hulu Selangor ladang memulakan 'sekatan' ke atas Muhyiddin. Ada benarnya telahan Kit Siang sebelum ini, adanya pergeseran antara Najib-Muhyiddn kerana Hulu Selangor saksi pertembungan terbuka orang nombor satu dan dua negara ini. Kemenangan ayam tambatan Muhyiddin (Kamalanathan) sedikitpun tidak memberi makna kepada Timbalan Presiden Umno itu, sebaliknya Najib dijulang sebagai wira oleh akhbar yang sepenuhnya dikuasai Umno/BN dan kini Rosmah!. Dari "Mahathir vs Abdullah" ke "Muhyiddin vs Najib"Lim Hong Siang | Feb 24, 2010 07:34:43 pm
Khabar mula tersebar bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melawan ketuanya Najib Razak. Malah, analisis ahli akademik Greg Lopez menjangkakan bahawa "Najib yang baru memegang tampuk kuasa mulai April 2009, kini dalam bahaya gagal menyempurnakan tempoh satu penggal sebagai Perdana Menteri".
Lantas Muhyiddin Yassin yang menjadi tumpuan media malah setiap gerak-gerinya bakal diteliti di bawah kanta pembesar untuk memerhatikan berapa kali beliau menyebut "1Malaysia" dalam ucapan selepas cabaran oleh Lim Kit Siang itu . Kisah tikam-menikam antara ketua dengan timbalannya bukanlah sesuatu yang baru dalam politik UMNO. Pada kebiasaanya Presiden UMNO akan sentiasa mengawasi dan menyekat pengaruh timbalannya manakala Timbalan Presiden UMNO pula akan menunggu dan hanya mencari kesempatan untuk mengorak maju satu lagi langkah ke depan untuk merampas kedudukan sebagai presiden UMNO untuk menyelamatkan kedudukannya. Ini adalah kerana lazimnya Presiden UMNO sentiasa berusaha menyekat pengaruh Timbalan Presiden UMNO. Apatah lagi dengan faktor usia Muhyiddin yang enam tahun lebih tua dari Najib, yang tidak memungkinkannya untuk menjadi PM sekiranya hanya menunggu buah gugur. Sedangkan Najib pun naik dan mendapat jawatan itu kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh Muhyiddin. Dengan kata lain pengaruh yang ada pada Muhyiddinlah yang membolehkan Najib dapat memegang jawatan PM itu. Tanoa Muhyiddin, siapalah Najib! Persepsi terhadap Najib terlalu negatif Sebelum Najib mengambil alih kedudukan sebagai PM, terdapat pelbagai desas-desus yang mengatakan bahawa beliaumungkin tidak akan dilantik sebagai PM Malaysia. Ini adlah kerana dari perhitungan politik Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak yakin bahawa Najib akan melindungi kepentingannya. Untuk sesetengah anggota UMNO pula, mereka khuatir bahawa Najib yang terpalit dengan pelbagai tuduhan moral, jenayah dan persepsi negatif akan menjadi bebanan kepada UMNO dan BN. Dari segi moral, Najib dikaitkan oleh pembangkang dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu; dari segi integriti pula, beliau tercalit dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi. Dengan perlantikan Najib, pemimpin-pemimpin akar umbi akan terdedah kepada serangan-serangan yang dilontarkan oleh pembangkang Maka Najib yang sudah terpaut dengan pelbagai persepsi negatif sebelum menjadi PM itu sebenarnya adalah menjadi bebanan kepada UMNO / BN. Muhyiddin puas sekadar TPM? Dalam situasi sedemikian, Muhyiddin Yassin menjadi calon PM yang boleh "dipertimbangkan." Lebih-lebih lagi, apabila Mahathir Mohamad sudah tidak sabar dengan sikap Najib yang masih ragu-ragu untuk mencabar Abdullah Badawi ketika itu, maka nama Muhyiddin pula digilap berkali-kali olehnya. Oleh kerana keberanian Muhyiddin Yassin untuk mendesak agar Abdullah Badawi berundur, maka Najib mengambil kesempatan itu untuk mencabar kedudukan Abdullah Badawi sebagai Presiden UMNO. Dengan kata lain, Najib boleh dikatakan mengecapi hasil daripada "risiko" yang ditanggung Muhyiddin setahun yang lalu. Ironinya, jikalau dihitung dari segi umur pula, Najib menjadi tanda noktah kepada riwayat politik Muhyiddin Yassin di sebaliknya. Muhyiddin Yassin, 63, enam tahun lebih tua daripada Najib Razak. Dengan kata lain, semakin lama Najib kekal sebagai PM, semakin tipis peluang Muhyiddin menjadi penggantinya. Seandainya Muhyiddin tidak berpuas hati sekadar menjadi TPM sahaja, maka beliau perlulah bertindak segera untuk menjatuhkan Najib. Dalam keadaan semasa politik Malaysia setakat ini Muhyiddin kelihatan mempunyai pengaryh yang lebih kuat berbanding dengan Najib tambahan Muhyiddin dibantu oleh Tun Dr.Mahathir. Kelebihan Muhyiddin berbanding Najib Dan di situlah gelanggang silat politik antara Muhyiddin dengan Najib. Muhyiddin memiliki kelebihan dalam UMNO apabila tampil dengan imej pemimpin yang lantang bersuara dalam isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, Najib yang liberal itu kelihatan lemah dan sentiasa tunduk kepada kemahuan MIC terutamanya.
Terus terang boleh dikatakan pendekatan Najib yang keterlaluan itu akan menyebabkan kejatuhannya! Sebaliknya Muhyiddin pula, semakin mendapat sokongan akar umbi ahli-ahli UMNo dan masyarakat Melayu-Islam dengan kelantangannya bersuara untuk kepentingan Melayu dan Islam. Dengan itu jelaslah bahawa pendekatan yang digunakan kedua-dua mereka itu sebenarnya adalah tidak selari dan saling bercanggah diantara satu sama lain. Mungkinkah ianya merupakan petunjuk bahawa Muhyiddin sudah bersedia untuk mencabar dan menjatuhkan Najib? Proses menggulingkan Najib sudah pun bermula Untuk itu marilah kita iimbas kembali proses menggulingkan PM kelima, Abdullah Badawi.
Dalam tempoh lebih daripada dua tahun ini, Mahathir menggunakan segala kritikan tajamnya, sindiran sinisnya, malah mengambil langkah drastik untuk keluar parti sebagai desakan terhadap pengunduran Abdullah. Bagaimana pun, kedudukan Abdullah tidak goyah seandainya ianya hanya merupakan tekanan dari dalam parti. sahaja. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan melalui media internet terhadap saham dan harta yang dimiliki keluarganya, serangan Mahathir sehabis-habisnya gagal menjatuhkan Abdullah dari tempatnya, sebelum PRU ke-12.
Natijah pergelutan UMNO Namun persoalan yang lebih penting, apakah natijahnya daripada pergelutan kuasa antara Najib- Muhyiddin itu? Apakah masyarakat Malaysia akan dapat menikmati sesuatu yang lebih baik? kalu dilihat dari keaadan semasa, itulah yang diharapkan oleh rakyat, kerana Najib terlalu banyak melakukan kepincangan satu demi satu yang menyebakan ianya menjadi bebanan untuk BN mengekalkan kuasa. Sebaliknya terlalu sedikit serangan yang boleh dilakuan terhadap Muhyiddin buat masa ini. dan tentunya jiaka Muhyiddin terpilih, akan mengambil langkah yang lebih berhati-hati tanpa memperkenalakan sesuatu yang baru, sebaliknya pendekatan memperkasakan wawasan yang sudah ada sebelum ini, pastinya akan menarik perhatian rakyat. Tambaha pula perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh Najib menunjukkan ianya pemimpin yang lemah dan gagal melaksanakan gagasan-gagasan yang diasakan oleh bapanya dan Mahathir.
|