Saturday, June 5, 2010




Muhyiddin telahpun menjalankan beberapa aktiviti untuk menjatuhkan Najib, kerana beliau melihat Najib suatu bebanan yang amat besar kepada UMNO dan BN, yang mana adalah dijangka UMNo hanya dapat mengekalkan kerusi UMNO dibawah dari 10 kerusi sahaja, disebabkan beberapa faktor berikut.

1. Campurtangan UMNO dalam pemilihan presiden MCA.
2. Isu kematian Beng Hock yang menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat Cina.
3. Isu perbezaan kekayaan yang begitu ketara antara orang-orang kaya dengan rakyat biasa.
Isu pemberian subsisi untuk orang-orang kaya melalui syarikat-syarikat pemegang konsessi tol dan IPP (Malakoff, Genting shenyen dan YTL power supply)
4. UMNO mendalangi Gerakan anti samy.
5. Ketidakpuasan hati keturunan India Muslim yang tidak diberi peluang langsung oleh UMNO.
6. Ketidakpuasan hati golongan Saudara Baru Muslim yang tidak diberi sebarang perhatian oleh UMNO.
7. Isu pelaksanaan GST yang tidak dipersetujui oleh Muhyiddin.
8. Isu cadangan meluluskan lesen judi untuk berjaya group.
9. Ketidak puashatian Muhyiddin atas pencalunan P. Kamalanathan.
10. Masalah gejala sosial yang langsung tidak diberi perhatian oleh Najib.
dan banyak lagi perkara-perkara yang Najib dan Muhyiddin tidak bersefahaman.

Akibat it terjadilah perang dingin antara mereka dan kedua-duanya memperkuatkan orang masing-masing kerana adalah dipercayai ketika ini kekutan puak Muhyidin jauh mengatasi kekuatan group Najib.

sebab itulah berlakunya proses "import" besar-besaran ahli-ahli parlimen dari PKR dan juga bekas orang-orang kuat PKR dengan tujuan memperkuatkan kumpulan Najib. Tetapi Muhyiddin amat tidak bersetuju dengan cara itu, kerana masalah sebenarnya ialah rakyat membenci Najib jauh lebih besar dari kebencian rakyat terhadap Pak lah dulu.

Jika kebencian rakyat terhadap paklaa adalah kerana kemalasannya dan menyerahkan segala-galanya kepada menteri tanpa pemantauan oleh paklah sendiri, kebencian terhadap Najib adalah kerana ketidakcekapannya menguruskan ekonomi, rasuah berleluasa dan begitu banyak penyelewengan hingga menyebabkan hutang negara makin bertambah dan membesar. manakala harga barangan pula melambung tinggi dan adanya bayangan harga barangan akan naik secara berterusan tanpa henti. Ini menyebabkan Najib menjadi liabiliti yang amat besar kepada BN hinggakan begitu ramai ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan terutamanya meninggalkan parti mereka menyertai PAS, PKR DAN DAP.



Dengan keadaan semasa yang mana begitu banyak serangan terhadap kepimpinan Najib tamabhan pula krisis moral Najib yang bukan lagi rahsia, maka Muhyiddin telah mengatur langkah untuk menyelamatkan UMNo dan tentunya agenda terbesarnya ialah dengan menyingkirkan Najib dari jawatan sebagai presiden UMNO!

Bagaimanapun untuk tujuan mengurangkan tekanan politik terhadap dirinya itu, Najib kerapkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk membuktikan yang hubungan antara mereka berdua itu tidak bermasalah


a

No comments:

Post a Comment